BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 7 July 2012

INI PENTING ! --> Jangan Kongsi 10 Perkara Ini Dalam Facebook !


Hai . Alhamdulillah , masih lagi dikurniakan tubuh badan yg sihat .

Ok , bace balik tajuk entry dkt atas .
Kita wajib berwaspada terutama apabila kita berkongsi maklumat kepada umum menerusi apa-apa sahaja laman sosial .

Facebook sebagai contoh semakin pesat menjadi satu alat yang digunakan oleh majikan , ‘stalkers’ dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mencari butiran mengenai seseorang .

Penggodam juga mencari maklumat melalui perkongsian peribadi sebagai jalan mudah untuk mereka melakukan sendikit penipuan identiti.


Mehh nak kongsi tips-tips yang boleh diaplikasikan menerusi Facebook korang . 

1. Tarikh lahir anda.
Mendedahkan tarikh lahir sebenar anda adalah sangat berisiko tinggi apabila institusi kewangan memerlukan maklumat tersebut untuk kad kredit dan penyata bank. Malah , ia turut mendekatkan anda kepada kecurian identiti .

2. Nama ibu anda.
Anda perlu ingat bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat peribadi mengenai anda menerusi dalam talian .

3. Alamat rumah anda.
Tidak perlu rasanya paparkan alamat kediaman anda kepada umum kerana penjenayah kini semakin licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam talian apabila anda ‘update’- “Yeay , di Singapura skrg , cuti-cuti dgn family .”

4. Perjalanan jauh dari rumah.
Status yang memberitahu ketiadaan anda dirumah dalam sesuatu tempoh yang panjang tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah anda , sebaliknya menarik perhatian ‘orang lain’.

5. Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat.
Jika anda ‘check-in’ sama ada di gimnasium atau di pusat membeli-belah turut memberikan potensi kepada pencuri untuk memecah masuk ke rumah anda.

6. Gambar yang tidak sesuai.
Zaman teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat turun , berkongsi malah menjadikan ia sebagai bahan ‘pemuas nafsu’.

7. Pengakuan atau kekecewaan.
Ramai yang suka menyatakan perasaan marah atau benci terhadap seseorang, terutama apabila melibatkan majikan dan pekerja . Jangan ‘maki’ majikan anda jika mempunyai masalah di pejabat kerana ada mata yang memerhati dan mulut yang melaporkan .

8. Nombor telefon.
Memaparkan nombor telefon menerusi laman sosial adalah tidak wajar kerana anda berpotensi untuk menerima panggilan dari jurujual (telemarketers) , ‘stalkers’ dan rakan kepada rakan anda .

9. Mengira detik percutian anda.
Lebih baik anda memberitahu rakan-rakan anda berkenaan percutian selepas pulang dari bercuti daripada anda berkongsi perkiraan detik percutian sebelum pergi bercuti .

10. Gambar di dalam rumah.
Anda mempunyai DSLR yang baru ? Rumah di lengkapi dengan barang-barang berharga ? Suami baru membelikan pasu emas dari Dubai ? Semua itu akan membuatkan si ‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan peluang untuk si pencuri menceroboh rumah anda sangatlah tinggi.


Hanya ingin berkongsi maklumat tersebut .
Sampaikan maklumat tersebut kepada rakan-rakan serta saudara mara anda supaya mereka lebih berwaspada dan  tiada diantara mereka menjadi mangsa jenayah siber .
INGAT , penjenayah ada di mana-mana . Cewahhh , daa macam  polis pulak :)


Ok , byebye


♥ THANKS FOR READING , SAHABAT ツ ♥

0 Pengomen HOT:

 
COPYRIGHT © EZYANEDDI . Hak Milik Peribadi Cik Atin