BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 27 July 2012

Hari Terakhir ....

Selamat pg . Salam Jumaat :')
Tak nk nak tulis panjang lebar .
Mungkin hari nie last dpt update blog :'(
Ptg nie daa gerak balik rumah nenek , pg-pg esk daa gerak ke selangor . 
Huwaaaa , hari yg di tunggu-tunggu daa nak sampai .
Sedih bebenor rasenye . Mcm pegi daa xbalik , hehe  .
Hmm , doakan yg t'baik ye utk sy :')
Insyaallah , cuti raye plak dpt bukak blog nie .

Slmt b'puasa semua . Jaga diri elok-elok .
Utk budak2 kecik tu , xpayah nak over sgt la main mercun . Hancur tgn baru kau tahu langit nie tinggi ke rendah :')

Wassalam ,
Ezyan ....


♥ THANKS FOR READING , SAHABAT ツ ♥

Wednesday, 25 July 2012

Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.Elok diminum waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuangkelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

----------------------------------------------------------

# Rabu , khamis , jumaat && SABTU !!!
Harap semua urusan hari sabtu nie b'jalan dgn lancar & teratur .
Akan sentiasa ingat pesan mak & ayah , BELAJAR SAMPAI B'JAYA .
Insyaallah , aku akan buktikan .
Doakan kejayaan aku utk hadiahkan segulung ijazah utk mak & ayah :')






♥ THANKS FOR READING , SAHABAT ツ ♥

Saturday, 21 July 2012

✿ Entry Ringkas Slps B'sahur ✿


Alhamdulillah . Sekejap je mase b'lalu . Tup tup , harinie kite daa start b'puasa .
Syukur , masih di pjgkan umur utk merasai bulan ramadhan utk thun nie .
Walaupun sempat puasa dgn family seminggu je , huhuhu . Sedihhh . Menangis mlm td . *betul,tak tipu*




 


♥ THANKS FOR READING , SAHABAT ツ ♥

Friday, 20 July 2012

SEGMEN : Saya nak Kad Raya dari YUYU

Hai rakyat malaysia . Moga semuanye berada dlm keadaan sihat sejahtera .
Pejam celik , pejam celik , esok kita daa pun start puasa . Alhamdulillah
Ok , harinie masih sempat update blog dannn masih sempat jgk join segmen dari kak yuyu :')
Blh juga imbas kenangan mase zaman kecik-kecik dulu . Dpt kumpul kad raya yg kawan-kawan & sedare mare bg . 
Maklumla , zaman daa makin canggih & moden . Kad raya daa jarang jarang org gune kan . 
Dgn adenye segmen mcm nie , blh la dpt kad raya lagi utk tahun nie . Insyaallah , klau ade rezeki :')




Nak join ?? Boleh , mai ramai-ramai kite join segmen nie .
Klik sini --->  Gadis Merah Jambu


Saya Nak Kad Raya Dari Kak Yuyu !!!


♥ THANKS FOR READING , SAHABAT ツ ♥

Perasaan Lain Macam

Bile daa sampai satu tahap nie , AKU rase:-
  •  kecewa
  •  sedih
  • menangis 
  • sampai satu tahap yg m'buatkan aku rase nak diam utk seketika & mungkin utk sampai bila-bila
  • dan mungkin akan jauhkan diri
  • tak pernah rase benci tapi ...
  • tolongla faham aku .

 Aku harap kau faham perasaan aku ........




Lupekan ape yg daa t'jadi ..
 Esk kite smua daa start puase . Cepat je mase b'lalu . *SEBAK*

- Moga ramadhan tahun nie lebih baik dari tahun sebelumnye :')

Cube utk tersenyummm :|


♥ THANKS FOR READING , SAHABAT ツ ♥

Wednesday, 18 July 2012

Wordless Wednesday #5 - SALAM RAMADHAN



 



# Tahun nie dpt sambut puasa seminggu je dgn family dkt rumah . Minggu depan daa start sambung blaja . Selama 20 thun hidup , nie kali pertame duduk jauh dgn family . 
Sedihhnyee :'( 


Perbualan antara mak & anak :-

Mak : Nnti dkat sane , sahur nk mkan pe along ?
Saya : Makan roti , minum air daa .
Mak : Yelh . Sllu awk dkt rumah makan nasi , mee ...
Saya : Takpe , blh kurus nnti . Booooooo *kurus ke*


*SELAMAT MENYAMBUT 
BULAN RAMADHAN
 UTK SEMUA*


♥ THANKS FOR READING , SAHABAT ツ ♥

Thursday, 12 July 2012

- Cerita Di Suatu Ptg , SUKMA 2012 -

Bismillahirrahmanirrahim . Hai semua . Wahh , rajin sangat kan aku update blog ptg-ptg nie . 
Antara sebab rajin nak update blog ptg nie ialah SURI daa kawen dgn HARIS . Sape Suri ? Sape Haris ? Tak tgk ke ? Aku je kot yg tgk drama SURI kat tv3 tu , HEHE .


Hm , daa tinggal brape hari kite semua nak b'puasa kan ? Moga dipanjangkan umur & sihat tubuh badan utk m'jalankan ibadat puasa thun nie . Insyaallah , tahun nie jgk aku akan b'puasa di negara negeri orang . Bukan dengan keluarga t'sayang & bukan juga di negeri kelahiran , PAHANG DARUL MAKMUR . Banyak lg brg yg tak dibeli . Medical checkup pun tak buat lg . Ok , relaxxxx! Tp takpe , ade mase lagi . Kalau blh , mmg nak angkut almari dlm bilik nie bawak p sane nnti . Tp 1 keje plak ayah aku nak sewa lori nak bawak almari buruk tu . HAHA


Skrg pun tengah duk sibuk sokong negeri sendiri dlm SUKMA 2012 . Tahun nie kan buat dkt Phg . So , ade la rezeki p tgk acara-acara yg diadakan . Dekat je dgn rumah , tp bukan tiap-tiap hari p sokong . Semangat duk sokong depan tv je dkt rumah nie . GO PAHANG GO ! Ehh , semangat nye kau Patinn -..- Ok , malas nak menaip panjang lebar . Kite tgk gambar jelh ye . 


DI SETIAP GAMBAR , ADA KENANGAN :')































  










Sekian , Melaporkan Dari Bilik Berita SUKMA XV PAHANG 2012
- Anak Jati Pahang -


♥ THANKS FOR READING , SAHABAT ツ ♥

GIVEAWAY from IRINBLOGSPOT

Bismillahirrahmanirrahim .
 Hari nie nak join lagi 1 GIVEAWAY dari IRINBLOGSPOT





Hanya klik sini & join .
Senangkan .
Akhir kata , SELAMAT BERJAYA :')


♥ THANKS FOR READING , SAHABAT ツ ♥

Wednesday, 11 July 2012

Wordless Wednesday #4 - Loghat Kelate

Hai . Selamat Tengahari .






♥ THANKS FOR READING , SAHABAT ツ ♥

Monday, 9 July 2012

Lyana's Studio First Giveaway !

Hai . Selamat berehat . Selamat minum petang & Selamat semuanye :')




Sape-sape yg ade blog tu , jom la ikut join . 
Ada mase lg nie sampai 14 Julai 2012
Sape yg b'tuah , dia dapat la hadiah :')

Tag :-

Semoga b'jaya semua !


♥ THANKS FOR READING , SAHABAT ツ ♥

Segmen : JOM TAMBAH FOLLOWER by SANDRA !

Hai . Salam 1 Malaysia =)


Nak join jugak ? Boleh . Senang je . Korang just klik banner di atas ok . 
 Segmen nie akan b'langsung selama 2 Minggu & akan berakhir pada 22 Julai 2012 .
So , byk lagi masa . Cepat cepat cepat :')

Tag :-


♥ THANKS FOR READING , SAHABAT ツ ♥

Saturday, 7 July 2012

INI PENTING ! --> Jangan Kongsi 10 Perkara Ini Dalam Facebook !


Hai . Alhamdulillah , masih lagi dikurniakan tubuh badan yg sihat .

Ok , bace balik tajuk entry dkt atas .
Kita wajib berwaspada terutama apabila kita berkongsi maklumat kepada umum menerusi apa-apa sahaja laman sosial .

Facebook sebagai contoh semakin pesat menjadi satu alat yang digunakan oleh majikan , ‘stalkers’ dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mencari butiran mengenai seseorang .

Penggodam juga mencari maklumat melalui perkongsian peribadi sebagai jalan mudah untuk mereka melakukan sendikit penipuan identiti.


Mehh nak kongsi tips-tips yang boleh diaplikasikan menerusi Facebook korang . 

1. Tarikh lahir anda.
Mendedahkan tarikh lahir sebenar anda adalah sangat berisiko tinggi apabila institusi kewangan memerlukan maklumat tersebut untuk kad kredit dan penyata bank. Malah , ia turut mendekatkan anda kepada kecurian identiti .

2. Nama ibu anda.
Anda perlu ingat bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat peribadi mengenai anda menerusi dalam talian .

3. Alamat rumah anda.
Tidak perlu rasanya paparkan alamat kediaman anda kepada umum kerana penjenayah kini semakin licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam talian apabila anda ‘update’- “Yeay , di Singapura skrg , cuti-cuti dgn family .”

4. Perjalanan jauh dari rumah.
Status yang memberitahu ketiadaan anda dirumah dalam sesuatu tempoh yang panjang tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah anda , sebaliknya menarik perhatian ‘orang lain’.

5. Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat.
Jika anda ‘check-in’ sama ada di gimnasium atau di pusat membeli-belah turut memberikan potensi kepada pencuri untuk memecah masuk ke rumah anda.

6. Gambar yang tidak sesuai.
Zaman teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat turun , berkongsi malah menjadikan ia sebagai bahan ‘pemuas nafsu’.

7. Pengakuan atau kekecewaan.
Ramai yang suka menyatakan perasaan marah atau benci terhadap seseorang, terutama apabila melibatkan majikan dan pekerja . Jangan ‘maki’ majikan anda jika mempunyai masalah di pejabat kerana ada mata yang memerhati dan mulut yang melaporkan .

8. Nombor telefon.
Memaparkan nombor telefon menerusi laman sosial adalah tidak wajar kerana anda berpotensi untuk menerima panggilan dari jurujual (telemarketers) , ‘stalkers’ dan rakan kepada rakan anda .

9. Mengira detik percutian anda.
Lebih baik anda memberitahu rakan-rakan anda berkenaan percutian selepas pulang dari bercuti daripada anda berkongsi perkiraan detik percutian sebelum pergi bercuti .

10. Gambar di dalam rumah.
Anda mempunyai DSLR yang baru ? Rumah di lengkapi dengan barang-barang berharga ? Suami baru membelikan pasu emas dari Dubai ? Semua itu akan membuatkan si ‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan peluang untuk si pencuri menceroboh rumah anda sangatlah tinggi.


Hanya ingin berkongsi maklumat tersebut .
Sampaikan maklumat tersebut kepada rakan-rakan serta saudara mara anda supaya mereka lebih berwaspada dan  tiada diantara mereka menjadi mangsa jenayah siber .
INGAT , penjenayah ada di mana-mana . Cewahhh , daa macam  polis pulak :)


Ok , byebye


♥ THANKS FOR READING , SAHABAT ツ ♥

Wednesday, 4 July 2012

Wordless Wednesday #3 - Tamat Sudah Euro 2012

 Selamat tghari :')




♥ THANKS FOR READING , SAHABAT ツ ♥

 
COPYRIGHT © EZYANEDDI . Hak Milik Peribadi Cik Atin